Monday, March 10, 2014





* gambar dari FB

Jalan-jalan Pantai Timur - Episod 4 (Kuantan)

Kuantan menjadi persinggahan terakhir kami. Kali terakhir kami ke sini adalah pada bulan Disember 2011. Waktu tu musim tengkujuh dan hujan sepanjang 2 hari kami di sini. Memang tak dapat nak berjalan ke mana-mana. Jadi pada kali ini rancangannya untuk anak-anak ke Taman Tema Air Bukit Gambang. 

Kami menginap di Hotel Mega View yang betul-betul terletak di tepi Sungai Kuantan. Hotel ini terletak di Jalan Besar dan mudah untuk mencari tempat makan kerana berhampiran dengan pusat bandar dan jika nak ke Tanjung Lumpur (tempat makan makanan laut) pun tidak berapa jauh. Malamnya kami ke sana. Banyak yang aku baca di blog-blog Restoran Ana Ikan Bakar Petai amat popular. Kami memilih untuk ke tempat lain, dengan menyusuri jalan masuk ke perkampungan nelayan Tanjung Lumpur. 

Di dalam sana terdapat 1 lagi restoran dan belum ada orang sewaktu kami tiba kerana baru jam 7.45 malam. Restorannya bersih dan terdapat ikan, udang, ketam, sotong, lala dan kupang yang kelihatan segar. Menu pilihan kami ikan bakar, kupang sambal dan ketam goreng pedas. Masakannya sedap, harga berpatutan dan yang penting boleh makan dengan santai kerana orang tak ramai dan tidak perlu menunggu lama. Berkemungkinan orang tidak berapa ramai ke sini kerana kedai makan ini terletak terlalu ke dalam kampung manakala restoran-restoran yang popular itu terletak di persimpangan jalan masuk ke kampung ini.

Esoknya kami ke Taman Tema Air Bukit Gambang. Anak-anak puas main air dan dapat mencuba semua mainan di situ kerana pengunjung tidak ramai. Pukul 3.30 petang baru kami keluar dari sini. Singgah solat jamak di sebuah masjid berdekatan kami terus ke Pantai Batu Hitam, Beserah.

Taman Tema Air Bukit Gambang
Banyak kenangan di sini. Sewaktu masih menuntut aku pernah ke sini bersama-sama kawan-kawanku R, A, N dan I kerana rumah keluarga I terletak berdekatan dengan pantai ini. Setelah bergambar (aktiviti wajib), Medan Selera Pantai Batu Hitam kami tuju. Menu kami petang tu, mee calung, rojak ayam, nasi goreng pataya dan udang goreng tepung. Semua tu antara menu yang terkenal di sini.

Sungai Kuantan & Pantai Batu Hitam
Malamnya kami tak ke mana-mana...hanya menonton tv di bilik hotel.

Esoknya selepas sarapan, aku ke bakeri milik juniorku sewaktu di STF iaitu Intan Baizura...Intan's Oven menjual pelbagai jenis biskut (cookies), roti dan kek. Biskut-biskut buatan Intan ini memang laris dan telah menembusi pasaran Negara China. Jadi sesiapa yang ada dan akan ke Kuantan boleh singgah di bakeri ni. Cuma berjalan kaki dari hotel Megaview. 

Berakhirlah kembara kami ke Pantai Timur dan kami tiba di rumah dengan cuaca masih panas terik.


Thursday, March 6, 2014

Jalan-jalan Pantai Timur - Episod 3 (Terengganu)

Cuaca panas terik mengiringi perjalanan kami semenjak dari hari pertama. Sewaktu memasukki sempadan Terengganu baru kami merasa sedikit hujan. Tetapi masih tidak dapat meredakan kepanasan di luar walaupun sewaktu itu dikatakan cuaca di Pantai Timur mengalami cuaca yang agak sejuk.

Kami mengambil keputusan untuk bermalam di Setiu kerana mengikut perancangan memang kami akan bertolak agak lewat dari Tumpat dan akan tiba di Kuala Terengganu pada waktu malam jika kami ingin bermalam di KT. Tambahan pula kami mengikuti jalan pantai kerana perjalanan ini memang untuk menghayati alam dan hotel di sekitar KT tiada bilik kosong yang mengikut bajet dan keperluan kami. Jadi untuk tidak membebankan 'tuan pemandu ie. encik suami,' kami mengambil keputusan untuk tidur di Setiu. Walaupun tidak banyak pilihan penginapan di Setiu, menginap di Pandan Laut Resort Beach merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan. Resort ini terletak di Pantai Rhu Sepuluh, Setiu. Kawasan pantai ini amat bersih jika dibandingkan dengan Pantai Sri Tujoh sebelum ini.


Pantai Rhu Sepuluh

Tempahan dibuat seminggu sebelum ini. Kami tinggal di Jambu Laut Deluxe Room yang merupakan sebuah chalet yang berbentuk rumah Melayu. Terdapat 2 katil bersaiz 'Queen' dan kelengkapan lain adalah sama seperti hotel budget yang lain iaitu bilik mandi, peti ais, cerek dan tv berserta Astro. Cuma di sini tidak disediakan 'complimentary breakfast'.

Pantai Rhu Sepuluh

Mandi-manda
Pandan Laut Beach Resort - Chalet
Pandan Laut Beach Resort

Pemandangan awal pagi di Pandan Laut Beach Resort

Pantai untuk mandi-manda berjarak 300 meter dari kawasan resort. Nasib kami baik kerana keadaan ombak tidak berapa tinggi, jadi anak-anak dapat mandi-manda di pantai pada petang itu. Aku dan suami keluar untuk membeli makanan. Mujur kedai yang menjual ikan celup tepung (ICT - makanan snek yang terkenal di Terengganu) terletak tidak jauh dari resort (tak ingat pulak nama kedainya). Harganya amat berpatutan memandangkan ikan, udang dan sotongnya amat segar. Bagi yang ingin ber'BBQ', terdapat pasar nelayan yang menjual ikan dan makanan laut bertentangan dengan kedai ini. Ikan-ikan yang baru naik dibawa oleh nelayan untuk dijual di sini.

Kami kemudian ke restoran lain untuk membeli nasi goreng....jamuan makan malam kami adalah nasi goreng dan ICT di dalam bilik di resort;-) Semua makan dengan berselera setelah penat berendam di laut.

Keesokan harinya, aku dan suami keluar untuk membeli sarapan berdekatan masjid tidak jauh dari resort se awal jam 7.30 pagi. Memang cuaca agak sejuk sekitar 19 C (menurut bacaan di telefon pintar). Hembusan angin yang membuatkan sejuk. Seperti biasa kalau di Terengganu, akan ada nasi dagang, nasi minyak dan juga bermacam-macam kuih. Selepas sarapan, anak-anak sekali lagi turun ke laut untuk mandi-manda.

Perjalanan santai kami diteruskan dan persinggahan seterusnya adalah Kuala Terengganu. Sebelum itu kami singgah di Universiti Malaysia Terengganu kerana anakku Ika ingin melihat keadaan persekitaran UMT. Memang cantik tambahan pula ia terletak di tepi pantai.

Destinasi seterusnya adalah Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man berdekatan dengan Losong. Nasib kami agak baik kerana kami ke sini pada hari bekerja, jadi orang tidak ramai di sini. Jadi agak mudah untuk berjalan-jalan di dalam persekitaran TTI. Pelawat diberi pilihan samada ingin berjalan kaki, menyewa basikal (seorang, 'tandem bike' atau basikal yg boleh dikayuh oleh 6 orang) atau 'buggy. Kami memilih untuk menyewa 'buggy' memandangkan aku memang tak boleh 'menapak' terlalu jauh.

Taman Tamadun Islam
Kami meronda sekitar TTI selama lebih kurang sejam dengan diberi penerangan oleh pemandu 'buggy' yang juga merangkap pemandu pelancong. Setelah makan tengahari di medan selera berdekatan kami ke Masjid Kristal untuk solat jama' Zohor dan Asar.

Melancong ke Kuala Terengganu tidak sah kalau tidak ke Pasar Payang. Dapat juga membeli kaftan dan seluar batik di situ. Aku amat meminati barang-barang tembaga di situ, malangnya harganya agak mahal dan berat. Ada rezeki, aku ingin ke sini lagi;-) Selepas berada di situ lebih kurang 1 jam kami meneruskan perjalanan memandangkan hari dah petang dan kami akan menginap di Rantau Abang. Kami bermalam di Awang's Beach Bungalow.

Pantai Rantau Abang - berdekatan Awang Beach Bungalow
Penginapan asas yang berada betul-betul di tepi pantai. Setelah daftar-masuk, sekitar jam 6.00 petang kami dibawa melawat ke pusat penetasan penyu yang berdekatan resort ini. Anak-anakku amat teruja melihat penyu-penyu tersebut. Cuma ada seekor penyu yang besar dan dalam 10 ekor anaknya.

Kami terlena dalam kegelapan kerana seluruh daerah itu tiada bekalan elektrik (black-out) sewaktu kami makan malam:-( Mujur angin laut tidak panas pada malam itu, jadi taklah berpeluh.

Persinggahan kami seterusnya adalah Kuantan.....akan bersambung.

Friday, February 28, 2014

Jalan-jalan Pantai Timur - Episod 2 (Kelantan)



Perjalanan diteruskan pada keesokan harinya. Setelah bersarapan di hotel, kami memulakan perjalanan pada jam 9.00 pagi. Singgah sebentar di Kem Tentera Pulau Banding yang terletak berhampiran hotel untuk bergambar. Di sini telah didirikan satu tugu berbentuk kereta kebal bagi memperingati askar-askar yang terkorban akibat serangan komunis sewaktu pembinaan Lebuhraya Timur-Barat ini.

Hehehe...gambar di kiri adalah matahari terbit di Norway dan di kanan adalah di Pulau Banding. Mana lebih cantik? 

Matahari terbit...cantikkan?



Dataran Juang Tentera Darat




Di sini tertulis nama semua anggota tentera yang terkorban sewaktu menentang pengganas komunis. 

Perjalanan kami melalui Lebuhraya Timur Barat merentasi Banjaran Titiwangsa dihidangkan dengan pemandangan indah gunung-ganang, jurang dan curam. Memandangkan hari masih pagi, tidak banyak kereta yang kelihatan dan ini melancarkan perjalanan kami.



1.  Rantau Panjang

Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami sampai di Rantau Panjang sekitar jam 12.30 tengahari. Rancangan kami untuk singgah di Komplek Bebas Cukai Rantau Panjang terpaksa dibatalkan memandangkan kesesakan teruk yang berlaku di jalan masuk dan di dalam Kompleks tersebut. Nak mencari tempat parkir kenderaan pun susah. Kami terus keluar dan singgah di Masjid Beijing untuk ke bilik air.

Masjid Beijing agak unik rekaannya memandangkan ianya mirip senibina masjid di negara China. Hayati gambar-gambar ini.


2.  Kota Bharu

Kami terus ke Kota Bharu untuk daftar-masuk ke 'homestay' (apartment) yang telah ditempah. Kali ini kami menginap di C Chantique Villa Hotel Apartment di Bangunan KTC. Kawasan ini agak strategik kerana berada di tengah bandar KB, berdepan dengan Stadium Sultan dan bersebelahan dengan Pusat Pakar Perdana.

Selesai urusan daftar-masuk kami terus ke Pasar Siti Khadijah untuk makan tengahari. Selesai makan kami meronda-ronda di sekitar pasar yang menawarkan bermacam-macam barangan dari kain batik, kain ela, baju-baju, keropok, serunding, sayur-rayuran dan sebagainya. Pertama kali makan di medan selera di sini. Kami mencuba makanan berasaskan sup. Memang enak dan terdapat juga dijual makanan laut seperti udang, sotong yang bersaiz agak besar.

Lokasi seterusnya adalah Bazar Tok Guru. Bazar ini agak baru dibuka dan cuma menjual pakaian siap dan tudung. Ada juga 2 -3 kedai yang menjual pinggan-mangkuk dan barang keperluan dapur. Anak-anak daraku memborong tudung bawal polos yang berharga RM5.00 sehelai dan beberapa helai baju. Kawasan di dalam bazar memang bersih dan kurang sesak, jadi agak mudah untuk berjalan-jalan di dalam bazar.

Memandangkan hari sudah agak petang sewaktu kami keluar dari Bazar Tok Guru dan badan pun dah penat kami terus ke apartment untuk berehat dan membersihkan diri. Malamnya kami cuma makan di kafe di bahagian bawah apartment.

Esoknya, awal pagi aku dan suami keluar untuk mencari sarapan. Tuan punya apartment ada memberikan senarai kedai-kedai makan yang wajib dicuba di KB. Kami ingin mencuba Nasi Kerabu Golok, malangnya kedai tersebut tutup memandangkan hari itu masih cuti umum di Kelantan. Mahu atau tidak terpaksalah kami makan dan beli di kedai yang terdekat yang kami jumpa.

3.  Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor

Selesai daftar-keluar, kami ke Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor. Perjalanan ke sini mengambil masa 30 minit. Agak mudah untuk mendapatkan tempat parkir kerana kami tiba di situ pukul 11.00 pagi. Kalau ikutkan nafsu, banyak juga barang yang menarik untuk dibeli. Tetapi memandangkan ruang bagasi yang terhad di dalam kereta, terpaksalah dipendamkan hajat tu. Kami cuma beli coklat, beg, kekacang dan cenderahati kecil. Sewaktu kami keluar dari kompleks tersebut, kelihatan deretan kenderaan yang panjang untuk masuk ke situ.






4.  Tumpat

Kami ke arah Tumpat dan singgah sebentar di Pantai Sri Tujuh memandangkan kami memang tidak pernah ke situ. Sesi fotografi diteruskan sambil menikmati keropok lekor dan suasana angin sepoi-sepoi bahasa. 








Kami juga sempat singgah di Pasar Pekan Tumpat untuk membeli serunding daging.


Stesen Keretapi Tumpat merupakan stesen keretapi (KTMB) yang terakhir bagi Laluan Pantai Timur yang bermula di Gemas, Negeri Sembilan.

Perjalanan diteruskan ke persinggahan seterusnya iaitu Setiu, Terengganu. Kenapa kami tidur di Setiu? Sambungannya di 'entry' seterusnya...

Wednesday, February 19, 2014

Jalan-jalan Pantai Timur - Episod 1 (Perak)

Sewaktu cuti Tahun Baru Cina yang baru ni kami sekeluarga telah berkelana ke Pantai Timur. Kali terakhir kami ke KelantanTapi  adalah pada tahun 1999. Waktu itu anakku Ika berumur 5 tahun dan Afa 2 tahun. Kami ke sana untuk menjemput anak saudaraku F kerana dia telah tamat pengajian pra-universitinya di sana. 

Perancangan dibuat 2 minggu sebelum Tahun Baru Cina. Pada mulanya agak risau juga takut tiada hotel untuk bermalam di sana. Aku cuba membuat tempahan melalui Agoda tapi kebanyakannya habis ditempah dan kalau ada pun tidak memenuhi kriteria yang kami mahukan. Aku pun terus menelefon terus ke hotel-hotel dan 'homestay' yang berkenaan. Tuah menyebelahi kami, semua dapat diuruskan dengan bajet yang kami tetapkan.

Sebelum ini kami biasanya ke Pantai Timur menggunakan jalan KL-Bentong-Kuala Lipis-Gua Musang-Kota Bharu. Tapi pada kali ini kami melalui 'route' KL-Kuala Kangsar-Gerik-Rantau Panjang-Kota Bharu kerana pada agakan kami jalan ke Bentong pasti akan sesak kerana cuti hujung minggu yang panjang. Kami bertolak awal pagi Jumaat melalui Lebuhraya PLUS dan bersarapan pagi di pekan Tapah kerana dua kali masuk ke R n R Rawang dan Tapah, keadaan di sana amat penuh hingga tiada tempat untuk parkir kenderaan.

Kami keluar di tol Kuala Kangsar dan meneruskan perjalanan arah ke Gerik. Sempat singgah menikmati pemandangan indah Tasik Raban dan Galeri Arkeologi Kota Tampan (tempat Perak Man). Kami makan tengahari di pekan Gerik sebelum check-in di Banding Lakeside Inn. Perjalanan lebih kurang 5 jam dari KL agak meletihkan kerana hari panas. Tapi amat berbaloi kerana kami dihidangkan dengan pemandangan indah di Pulau Banding. Info berkenaan Tasik Banding di SINI.

1. Tasik Raban

Sebelum ke sini dah baca sedikit sebanyak info di SINI. Memang cantik pemandangan di sini. Orang pun tak ramai. Ada medan selera di tengah tasik. Tapi kami tak makan di sini kerana masih kenyang kerana sarapan agak lambat di Tapah. Hanya turun ambil gambar.


2. Galeri Arkeologi Kota Tampan

Tak dapat masuk melihat kerana telah kami sampai di sana jam 12.30 tengahari dan telah ditutup untuk solat Jumaat. Teruja nak pergi selepas menonton paparan di Majalah Tiga pada tahun lepas.



3. Banding Lakeside Inn

Hanya terdapat 2 hotel di Pulau Banding, Empangan Cenderoh ini. Banding Lakeside Inn (BLI) dan Belum Rainforest Resort (BRR). Kami memilih yang BLI kerana harganya agak berpatutan untuk kami 6 beranak, manakala BRR menawarkan harga premium...untuk yang bebulan madu mungkin lebih sesuai. Tempat makan cuma ada 2 tempat di sini, sama ada nak makan di hotel atau kedai makan yang terletak lebih kurang 3 km dari hotel...kena menyeberang jambatan. Kedai makan ini terletak berhampiran jeti untuk mereka yang minat memancing. Jangan terkejut jika anda lihat limpahan kereta yang parkir di situ. Kereta je yang banyak, orangnya yang makan di situ tak seramai mana pun. Rupanya mereka parkir kereta di situ dan menaikki bot atau 'house boat' untuk ke lubuk-lubuk ikan di sekitar Empangan Cenderoh ini. 

Boleh tahan makanan di situ dari segi harga dan rasa. Cuma kena lebih sabar menunggu memandangkan pekerjanya tak ramai. Apa pun kami berpuas hati. Tidak mustahil kami akan ke sini lagi suatu waktu nanti. Gambar-gambar lain akan dimuat-naik kemudian.




Saturday, February 15, 2014

Kemunculan Semula;-)

Assalamu'alaikum

Setelah lebih kurang 4 tahun 3 hari menyepi, hari ni baru ada kerajinan untuk meneruskan tulisan di blog yang tak seberapanya ini. Lama betul. Ini boleh juga dikaitkan dengan faktor kesibukan, kewujudan Facebook yang lebih interaktif untuk mengetahui cerita-ceriti berkenaan ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai. 

Memang tidak dinafikan FB lebih mudah dan lebih santai untuk mengemaskini segala status. Tapi blog lebih puas untuk bercerita dan meluahkan segala ilham dan mengasah minda untuk mengeluarkan segala kreativiti dalam penulisan.

Semalam selepas diberi dorongan oleh adikku K dan anak saudaraku F, pagi ni rasa berkobar-kobar pulak untuk meneruskan coretan di blog ini. Aku cuma blogger picisan yang menulis dari pemerhatian dalam kehidupan seharian. Tulisanku cuma untuk mengasah otak supaya boleh berfikir dan menulis dari hati memandangkan bila sudah tidak bekerja, memang amat jarang menggunakan pen dan komputer. Komputer cuma digunakan untuk perbankan internet (bayar bil-bil, beli-belah dsbnya). Pen cuma untuk menulis resepi (cara lama sebab malas nak guna komputer di dapur). Tambahan pula dengan adanya telefon pintar sekarang, jadi di mana-mana boleh mengakses maklumat. Tapi untuk berblog, lebih puas menulis menggunakan komputer riba sebab rasanya lebih laju menaip menggunakan papan kekunci.

Hmmm...apa nak cerita ye? K dan F mencadangkan buat travelogue. Menarik juga, memandangkan kami memang suka mengembara ke tempat orang. Setakat ni baru di dalam Malaysia dan Indonesia sahaja. Belum ada rezeki lagi nak terbang ke negara lain. Insyaallah boleh juga diselang-selikan dengan tempat-tempat makan yang menarik, resipi dan petua orang tua-tua. 

Jika ada manfaat tulisanku ini kepada pembaca, Alhamdulillah....jika tidak anggaplah ia sebagai salah satu rencah kehidupan yang ada pahit dan manisnya.



Friday, February 12, 2010

Barang Mahal

Hmmm...lama tak jenguk blog...kalau rumah 3 bulan tak dihuni sure dah berhabuk...sawang jangan cakap la banyaknye...mengalahkan web Spiderman...Lots of things happen after the last entry.

Early December 2009, our friends (3 families) datang cuti-cuti Indonesia for a week plus. Rata la berjalan - Bandung, Puncak dan Jakarta. Penat jangan cerita tapi seronok sangat.

Lepas tu kami pulak pulang ke Malaysia. We all balik dulu and hubby pulang kemudian memandangkan cuti dia cuma tinggal 5 hari. Lepas tu kami pulang ke Jakarta bersama-sama on 4 Jan 2010. Balik ke Kota Damansara, balik Banting, pergi Rengit, balik kampung dan ke Kota Damansara lagi.

Lepas dah setahun kat sini, sangatlah terasanya duit yang dibelanjakan kat untuk barang dapur (basah dan kering) kat sini lebih kurang 2 - 3 kali ganda belanjanya dari di Malaysia. Selalu kalau di Malaysia belanja untuk barang dapur lebih kurang RM350 sebulan. Kat sini belanjanya Rp3,000,000 (Rp3 juta) = RM1,140.00. Antara perbezaan ketara adalah harga barang asas:

Harga di sini Harga di M'sia
  • Gula Rp11,000 (RM4.20) RM1.65
  • Tepung Rp10,00 (RM3.80) RM2.00
  • Roti (10 keping) Rp7,900 (3.00) RM1.90
  • Minyak masak (2 liter) Rp18,000 (RM6.80) RM5.20
  • Gula kastor (500g) Rp35,000 (RM13.00) RM1.90 (1 kg)
* Harga2 (RM) di atas adalah harga anggaran dan mengikut harga yang kulihat masa bulan Disember 2009 di G**nt. Harga Rp ke RM berdasarkan kadar tukaran Rp100 = RM0.0380

Memang tension especially bila nak buat kek, cookies dan yang sewaktu dengannya. The soft brown sugar yang berapa hengget je kat M'sia, kat sini berharga Rp35,000.

On the other hand, sayur-sayuran agak murah. Tapi memandangkan penghuni rumah ini cuma 2 orang je yang makan sayur, tak de maknanya jugak. Kena jugak beli ikan (with limited choices - cuma ada tenggiri batang , kembung, bawal, kerapu, siakap, senangin). Yang tak pernah jumpa or sesekali jumpa tapi dah tak fresh are cencaru, parang (pernah sekali jumpa), jenahak, tenggiri papan. Bila ke pasar memang asyik ikan tu je...varieties kureng...so kena beli ayam dan daging je la..

Tapi alhamdulillah masih boleh makan yang sedap unlike ramai lagi rakyat negara ni yang duduk di pinggir kawasan perumahan kami ni yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, yang anak-anak main kat longkang yang berair hitam. Memang la kesian. Tapi kalaulah ada majikan hubby tau pasal ni tolonglah naikkan living allowance yang ciput tu. Bila dah ujung bulan tu tersedak la juga dalam keadaan ekonomi yang macam ni...