Saturday, June 20, 2015

Sydney Trip - Day 2 (Delayed Post)

Since Khai akan ada meeting dengan counterpart dia di sini dan aku pun dah buat my own itinerary...so let's start. My first plan is nak meet and greet koalas and kanggaroos kat Featherdale Wildlife kat Blacktown. Senang sebab aku dah buat 'homework' ie nak naik train mana, bas nombor berapa etc. Ini memudahkan perjalanan sebab tak susah nak mencari-mencari. Semua 'homework' menggunakan Google Maps dan berpandukan website Sydney Train. Sangat membantu merancang perjalananku.

So pagi tu aku dah keluar sekitar jam 8.00 pagi ke Town Hall train station which is a 10-minute walk from Meriton. Kekerapan train agak bagus kerana waktu tu adalah waktu puncak dan aku pula ke arah yang berlawanan. So train agak lengang. Aku tiba di stesen Blacktown dalam masa 40 minit. Untuk ke Featherdale Wildlife ni kita kena naik bas dari stesen Blacktown ni. Cari Stand 9 dan tunggu bas nombor 725 Bus yang menghala ke Doonside. Jika tak yakin boleh mintak tolong driver bas bagitau kita bila dah sampai di Featherdale Wildlife ni. They are very helpful. Tak kena marah pun. Aku sampai di situ dalam masa 10 - 15 minit. 



Bayaran masuk ke zoo ini adalah AUD29. Suasana agak lengang kerana hari itu adalah hari bekerja dan masih agak pagi. Zoo ni bersih dan haiwan-haiwan di sini dijaga dengan baik. Penjaga-penjaga semuanya friendly and melayani sebarang pertanyaan dengan mesra. Bila aku dah masuk dalam ada juga 2 kumpulan kanak-kanak dari sekolah rendah yang datang melawat.





Aku spent masa dalam 2 1/2 jam di sini. Dah puas ronda-ronda, aku pun bertolak pulang ke Sydney town centre. So I reached the Central Station around 2.30 pm. Then aku naik lrt ke Paddy's Market. Dengan harapan kalau ada stall yang buka sebab nak belikan kiriman dari anak-anak. MALANGnya memang semua stall kat bawah tu TUTUP. Saja try my luck walaupun ada tulis kat pintu tu it is closed on Monday &Tuesday.

So ronda-ronda dalam Asian supermarket kat situ and beli buah sket. Then terus balik apartment. Petang tu kami plan nak pegi naik feri. So kami pun naik bas 555 (free shuttle) ke Circular Quay. Waktu tu hari pun dah senja. Kami naik feri dari situ ke Darling Harbour. The view was so magnificient. First time in my life melihat sendiri mercu tanda kota Sydney ie Sydney Opera House. Ia umpama mimpi menjadi kenyataan. Feri juga melalui Sydney Harbour Bridge dan beberapa perhentian lain. Sampai di Darling Harbour hari pun dah malam dan kami pun berjalan kaki pulang ke apartment. Badan pun dah penat, mandi, solat dan terus tidur....

Beberapa foto dari handphone sebagai kenangan...










No comments:

Post a Comment