Masa bangun Subuh, hujan turun dengan lebatnya. Dalam hati dok terfikir hancurlah harapan nak tengok The Three Sisters dan Katoomba Waterfalls kalau hujan macam ni. Masa kami keluar tu masih hujan renyai-renyai. Kami naik train dari Townhall ke Central dan terus ambik the earliest train (Central - Bathurst Line) ke Katoomba which is at 7.04 am. Agak ramai jugak orang kat dalam train tu. Hujan masih lebat dan aku tak henti-henti berdoa dalam hati agar cuaca elok bila sampai di Blue Mountains. Macam nilah kalau travel di musim sejuk di sini rupanya.
Perjalanan mengambil masa 2 jam ke Katoomba. Mata tak mau pula lelap. Jadi cuba menghayati alam ciptaan Ilahi bersulamkan hujan dan kabus. Dari Central Station, Katoomba adalah stesen yang ke 23....pheww lama gak tu memandangkan mata tak boleh nak tidur. Mungkin terlalu excited. Kami sampai di Katoomba jam 9.04 am. Hujan masih lebat. Maka baju hujan pun dikeluarkan. Kerana hujan terlalu lebat dan Katoomba ni kawasan tanah tinggi, udara memang sejuk (<10 baik="" bawak="" celcius="" comment-10--="" kami="" menggeletar="" nasib="" sarung="" tangan:-="" tangan="">10>
Kami pun berjalan untuk melihat jadual bas di depan Hotel Carrington. Sewaktu kami berjalan tu ada seorang hamba Allah memberi salam dan menghulurkan payung kepada kami. Kami ambil dan terus melihat jadual bas. Memandangkan bas akan tiba dalam setengah jam lagi, kami pun berjalan ke deretan rumah kedai berdekatan. Dengan harapan ada kedai yang bukak untuk kami bersarapan dan memulangkan payung hamba Allah. Bila dicari memang dah tak nampak lelaki tadi....misteri gak tapi memang rezeki & pertolongan Allah ada di mana-mana. Malangnya takde pulak kedai yang bukak. Yelah pekan kecik, semua orang makan di rumah gamaknya. Jadi kami pun duduk di hentian bas di depan hotel. Ikut jadual bas akan datang pada jam 9.30 pagi.
|
Menunggu bas di depan Hotel Carrington |
Perjalanan dari Katoomba ke Blue Mountains cuma dalam 10 - 15 minit. Memandangkan hari masih hujan, kami bercadang untuk ke Scenic World dulu. So pejam mata bayar AUD35 sorang untuk naik those rides. Kami mencuba
Railway dulu.
|
Naik Scenic Railway dulu dengan kecuraman 45 darjah naik & turun |
|
The Three Sisters in the background...berkabus |
|
An old mining office |
Orang belum ramai kerana masih awal pagi. Memang best and view sangat awesome. Bila sampai ke bawah hari dah tak hujan tapi masih berkabus. Kami trekking ke Katoomba Falls view. Melalui denai yang basah dan lecak dek hujan. Trek sangat cantik cuma lopak-lopak air yang melambatkan pergerakan. Kami berjalan perlahan sambil mengelak lopak-lopak dan akar-akar kayu yang melintang di tengah trek. Mengimbau kenangan zaman kampus mendaki gunung:-D Gigih sungguh kami, walaupun dengan kudrat yang tak seberapa;-)
|
Tak nampak bahagian atas Katoomba Waterfalls ni kerana kabus yg tebal |
Indahnya ciptaan Allah dan tak pernah terfikir akan sampai sejauh ini untuk menikmati ciptaanNya. Sesi fotografi sepuasnya sambil mencari shot yang menarik. Dah puas kami naik semula train dan meneruskan dengan Skyway.
Skyway ride adalah perjalanan merentasi lembah yang di bawahnya mengalir air dari Katoomba Waterfalls. Kita akan nampak jugak Three Sisters dan Jamison Valley dari sini. Sangat cantik dan tak dapat diucapkan dengan kata-kata. Dah berfoto-foto kami pulang ke stesen dan naik Cableway pula.
Cableway ni lebih curam perjalannya berbanding Skyway dan membawa kita melihat lebih dekat kepada Orphan Rock. Dari sini kita boleh juga melihat Three Sisters dan Katoomba Waterfalls.
|
Orphan Rock |
|
Orphan Rock dari dalam Cableway |
By this time pelancong dan semakin ramai. Kami terus keluar untuk menunggu bas untuk ke
Echo Point pulak. Echo Point adalah anjung tinjau untuk kita melihat dengan lebih dekat formasi Three Sisters. Alhamdulillah sewaktu kami sampai di situ hari dah agak panas dan kami dapat melihat dengan jelas The Three Sisters. Kawasannya agak lapang dan dapat menampung pelancong yang ramai pada satu-satu masa. Untuk view yang lebih cantik boleh ke bahagian bawah. Kami cuma ambik gambar serba-sedikit sebab kaki dah penat gara-gara jungle trekking pagi tadi.
|
Pemandangan 3 Sisters dari Echo Point |
|
Mereka2 yg menjumpai Blue Mountains |
|
Stesen Keretapi Katoomba |
Ronda-ronda di souvenir shop sambil menunggu Trolley Bus. Sampai di Katoomba station dalam hujan dan kami naik train jam 2.15 petang untuk pulang ke Sydney. Sampai di apartment terus solat dan kemudian turun cari makanan kerana belum makan dari tengahari. Kami makan di kedai pizza & kebab yang sedap berdekatan apartment.
Alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment