Semalam (17 Ogos 2009) adalah Hari UlangTahun Kemerdekaan Republik Indonesia (HUT RI) yang ke 64. Satu negara bercuti selama 3 hari. Banyak acara sambutan kemerdekaan diadakan sama ada di peringkat kampung, daerah, negeri dan kebangsaan.
Hari Sabtu kami tak ke mana cuma duduk di rumah…bersantai. Anak-anak berendam di kolam renang sebab hari teramatlah panas. Dah lebih sebulan hujan tak turun. Malamnya kami jalan ke Jakarta Pusat. Ronda-ronda sambil melihat macam mana persediaan sambutan hari merdeka di sini. Kami ke Jalan MH Tamrin dan terus melintas berdekatan Monas dan Istana Presiden. Bendera, pentas dan hiasan lainnya ada yang dah siap dipasang dan ada masih dalam persediaan. Kami singgah di Sarinah dan makan malam di ‘food court’ di situ. Selesai makan ronda-ronda di Sarinah Departmental Store. Banyak barang ‘on sale’ sebab sekarang tengah ‘the Great Jakarta Sale’. Tak beli apa-apa cuma ‘window shopping’.
Hari Ahad ke pasar beli ikan, daging dan sayur-sayuran. Pembantu rumah mintak libur jadi diliburkanlah. Lepas Zohor kami ke Senayan City dan makan tengahari di Pepper Lunch. Makanan yang dihidang dalam ‘hot plate’ seperti di ‘Stone Grill’. Dah makan ronda-ronda lagi. Anak-anak ke Time Zone main ‘video games’ dan segala macam mainan lainnya. Dah penat ronda-ronda kami ke Kawasan Kota Tua Jakarta.
Suasana hari kemerdekaan Indonesia di Jakarta
Kota Tua Jakarta
Di Kota Tua Jakarta lagi...
Kawasan ini adalah merupakan kawasan bangunan lama semasa zaman pemerintahan Belanda. Banyak bangunan yang telah dipulihara. Antara tinggalan Belanda adalah pejabat pos yang masih terdapat kotak surat lama, Pejabat Gabenor, gereja dan lain-lainnya. Tempat ini telah dijadikan seperti dataran. Di tengahnya ruang kosong di mana pengunjung boleh berekreasi. Ada tempat untuk menyewa basikal trend lama sama ada untuk bergambar atau untuk ditunggang. Memandangkan esoknya adalah hari kemerdekaan RI, pengunjung agak ramai…ada orang jual ubat, bersiar-bersiar, makan-makan….
Semalam rancangannya nak ke Tanah Abang mencari tudung….kami pergi naik teksi sebab takut jalan sesak kerana ada acara sambutan kemerdekaan dan banyak jalan yang ditutup. Masuk aje ke kawasan Jakarta Pusat, jalan tersangatla lengang….jadi lega sikit mesti boleh sampai ke Tanah Abang sekejap aje…. Sampai je ke sana, tengok-tengok satu bangunan tu ditutup. Hari libur…semua peniaga di situ cuti. Penat je pegi…jadi kami pun ke ITC Kuningan….Sampai je di ITC pun rupanya ditutup… Nasib baik ada Carrefour di situ. Jadi bolehlah beli hadiah untuk majlis harijadi kawan Adlina…dah beli barang kami pun balik. So tak dapatlah nak shopping.....lain kali la...
No comments:
Post a Comment