Friday, May 15, 2009

Coretan Hari Ibu

Walaupun Hari Ibu dah dekat 1 minggu berlalu rasa terpanggil nak meluahkan apa yang aku rasa terhadap Mak selama ini. Mak meninggalkan kami pada hari Jumaat 13 September 1991. Masa tu aku di tahun akhir pengajian. Aku masih ingat lagi malam tu lebih kurang pukul 8.00 malam, aku ke Puduraya menghantar Adik yang akan pulang ke I*M Dungun kerana cuti semesternya dah habis. Balik ke asrama, solat Isyak dan terus ke bilik tv bersama kawan-kawan melepak sambil menonton tv. Adik pun ada bagi tau yang Mak demam sikit. Kebetulan aku pun memang dah beli tiket untuk pulang ke kampung keesokan harinya. Sedang lepak-lepak, ada announcement yang mengatakan ada visitor nak jumpa aku. Hairan jugak sebab dah tengah malam sapa pulak yang datang. Bila keluar kulihat abang tiriku Abang Fa**h datang.

Dia kata “Jom balik ada hal di kampung”. Hati dah rasa tak sedap.

“Abang bagi tau sekarang, ada apa sebenarnya ni? Kalau tak L**** tak nak balik” aku tanya dia balik.

Then dia kata “Sabar L****, Mak dah tak ada”. Aku tak tau apa nak buat..rasa macam nak nangis, rasa nak pengsan pun ada. Aku naik ke bilik, ambik apa yang patut, terus masuk ke kereta. The journey yang sepatutnya 2 jam rasa macam lama sangat. Sampai je aku terus jumpa Akak, Acek dan Alang. Abang H****m (my other half-brother) masa tu on the way ke Dungun untuk ambik Adik. Akak cerita that malam tu dalam pukul 10.00 malam Mak mengadu macam susah nak bernafas. Badan pun panas sebab dia demam. Mak pun mintak tolong bawak dia ke klinik. On the way ke klinik Mak kata dia susah nak bernafas lagi and tak lama lepas tu dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Akak and belum sampai klinik lagi. My brother-in-law, U** terus drive ke klinik just to get the confirmation from the doctor. Bila Akak dah cerita tu aku pun ambik wuduk dan terus duduk di sisi Mak baca Quran sampai waktu Subuh. Bila kehilangan Mak rasa sedih yang teramat (undescribable).

When I was in Primary school, as far as I can remember Mak akan hantar and ambik aku dan Adik di sekolah kalau it was Abah’s turn kat rumah Mak Tua (my stepmother). Bila habis waktu sekolah, Mak akan tunggu kami di bawah pokok manggis tepi pagar sekolah dengan motor kapcai. Itu rutin dia since aku darjah 1 sampai darjah 4. Bila dah darjah 5, Abah belikan aku basikal Chopper sebab selalu dapat nombor 1 every time exam dari aku darjah 1. Lepas tu aku naik basikal ke sekolah sebab bila naik darjah 5 dah ada after school activities. Masa tu after school activities bukan macam sekarang. We all berkebun sayur. Sorang dapat satu batas and we have to maintain our batas. Tanam, bubuh baja, siram and kutip hasil sayuran tu. Games were rounders, football (for boys). Compulsory clubs were brownies (girl guides) and pengakap.

Masa Peperiksaan Penilaian Darjah 5, three of us (aku, Az** and Naz**) dapat 5A. Mak happy tapi taklah seexcited mak-mak sekarang. Dia kata syukur Alhamdulillah. Belajar rajin-rajin lagi. Bila dah habis darjah 6 aku dapat offer ke Sekolah Berasrama Penuh di Johor Bahru. Aku tanya Abah. Abah kata kalau aku nak pergi, pergilah sebab bukan senang nak dapat kesempatan ke sekolah asrama penuh. Bila cikgu datang ke rumah tanya whether nak pergi ke tidak, teruslah aku kata OK without knowing kat mana tempat tu. Masa tu offer came to us unlike sekarang we have to apply. After a week I said yes to the offer, came another offer which was from Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Masa tu rasa menyesal pulak sebab accept offer S*F tu. Sebab SMAWIP dekat. Kat KL je and saudara-mara ramai di KL.

When the day came (January 1982), Abah, Mak and Acek accompanied me to S*F. After registration, briefing by the principal the three of them pun balik. Sedih giler sebab tak pernah jauh dari parents sejauh JB. Masa tu tak de PLUS highway. The journey from Bahau ke JB lebih kurang 6 jam. Malam tu rasanya bantal tu basah kuyup dengan airmata aku. Homesick betul in the ‘foreign’ land. Kat rumah kampong masa tu belum ada telefon. So the only means of communication were letters. Bila weekends, most of my friends will be visited by their family members. Tapi we all yang dari jauh ni memang tak de visitor la.

Tapi yang paling sedih masa aku Form 2. That particular evening we all baru lepas sukan tara (qualifying round) sebab masa tu dah dekat nak Sports’ Day. Petang tu rasa seram sejuk nak demam. Malam tu aku muntah-muntah and sakit perut. The next morning aku ke ‘sick bay’. Ingatkan nak ambik ubat tapi Kak Normah (Supervisor sick bay) advised me to go to the hospital. Kat hospital, I was diagnosed dapat Appendicitis. So the doctor kata aku akan dioperate petang tu jugak sebab takut the Appendicitis tu pecah. Memang seperigi airmata tumpah sebab takut and sedih tak ada sesapa kat situ except Kak Normah. After the operation, aku sedar dah tengah malam. The next morning Kak Normah datang visit. Petang tu masa visiting hour, when tengok orang keliling semua ada orang visit, aku menangis sorang-sorang. Kat sebelah katil aku ada sorang makcik tu. Dia tanya aku sakit apa pun aku nangis sebab terharu. Just imagine at the age of 14 aku dah menghadapi semua ni di tempat orang. But I fully understand that bukan senang my family nak datang ke sini within that short period of time unlike NOW. Aku stay kat hospital 3 hari 2 malam. Bila dah keluar dari hospital, aku kena stay kat sick bay sebab luka operation belum totally healed. After one night kat sick bay, the following morning Mak datang alone. Dia kata, dia datang naik keretapi. The telegram sampai kat kampong the day after aku operate. Aku nangis sebab susah payah Mak datang naik keretapi sorang-sorang. Adik tinggal ngan Abah and Mak Tua. Masa tu Adik dah darjah 5. Our age difference is 3 years. Mak balik ke kampong petang tu jugak naik train. Tak taulah pukul berapa dia sampai di kampung.

Setiap hari Sabtu akhir cuti penggal (masa tu di Johor sekolah start hari Ahad), Mak akan hantar aku ke stesen keretapi Gemas lepas solat Subuh dengan kereta yang disewa dari U** Y*s*f. Masa tu kalau balik cuti penggal memang selalunya naik keretapi sebab semua students dapat tiket konsesi. Mak akan tunggu sampai keretapi jalan baru dia balik.

Throughout my 5 years aku kat JB rasanya hanya 4 kali je ada family datang. Masa registration, aku kena apendiks, Embong ambik aku masa Mak nak pergi Haji and masa ambik barang after SPM. Kalau nak ikut memang macam kena dump je kat situ. Tapi it is understood that the situation at that time memang tak mengizinkan untuk my family datang visit aku and aku tak pernah menyalahkan sesiapa unlike sekarang, segala macam kemudahan dah ada. Anyway, I enjoyed my teenage years kat sana dengan kawan-kawan dari setiap pelosok Malaysia. Bermacam pengalaman yang pahit dan manis.

Abah meninggal pada 25 June 1987. Masa tu aku dah dapat offer masuk II*M and Abah pun dah tau about that. Abah ke Hospital Seremban for an eye operation the day before. Tengahari tu Mak dan aku ke hospital nak jenguk Abah but the bed was empty. We asked the nurse where Abah was tapi nurse tu kata dia still dalam OT. We waited lebih kurang 2 jam. Nobody came bagi tau the progress. Aku pun tanya lagi… Tetiba nurse tu boleh kata sebenarnya Tuan Haji tu dah meninggal kat OT. You just imagine betapa terkejutnya we all. I called Acek who worked in KL, Alang and Akak in PD. We waited there sampai Acek dan yang lain-lain datang. After abour 2 jam menyelesaikan all the procedures, aku dan Mak pun accompany arwah Abah naik kereta jenazah hospital pulang ke kampung. Kami sampai di kampung when it is almost ‘Isyak. Abah dikebumikan the next day di Kampung C*c*r.

A month after Abah meninggal, aku masuk Matriks II*M di Subang Jaya. Adik pula dah masuk sekolah asrama kat Seremban. Mak tinggal sorang di rumah. Once in a while dia akan ke PD rumah Akak. Bila ada masa cuti or long weekend aku akan ke pulang ke kampung or ke PD jenguk Mak. Aku tak ingat berapa lama after that Mak masuk hospital sebab dapat TB. Aku pun tak tau macam mana Mak boleh dapat penyakit tu. Mula-mula she was admitted kat Hospital PD then transferred ke Seremban. It was because di Seremban ada wad khas untuk TB and better treatment there. Masa visit dia di Hospital Seremban memang kesian tengok Mak sebab badan dia jadi kurus sangat eventhough dia memang tak pernah gemuk. Tapi terlalu kurus because of TB. She was recovered anyway after 1 year plus of treatment. Since then memang dia tak berapa sihat. Selalu dapat demam tapi tak de penyakit yang kronik. Still boleh jalan-jalan ke KL rumah Acek, ke PD and ke Johor rumah Embong. One year before Mak meninggal Akak dapat transfer mengajar di sekolah berdekatan kampung. So akak pindah duduk di rumah Mak. We were quite relief sebab at least ada somebody yang boleh tengok Mak if dia tak sihat.

The semester yang Mak meninggal tu memang results aku teruk sampai ada subject yang fail. Memang tak boleh nak concentrate. The final semester baru lah okay sikit boleh concentrate belajar. Our convocation was in August 1992. Masa tu aku dah dapat keje temporary dengan gaji RM600 and duduk menyewa dengan kawan-kawan sekampus di Kg B**u. The day before convocation semua kawan-kawan serumah keluar dengan family masing-masing. So aku tinggal sorang-sorang kat rumah. I know that my brothers and sisters akan datang on the convocation day tapi entah kenapa rasa sayu sangat petang tu. So aku pun called my sister Embong di Johor. I was so sad sebab Mak tak dapat tengok aku convo as I was the first person in my family yang dapat masuk U. Masa sembang ngan Embong tu memang berjuraianlah airmata. Masa tu jugak semua yang yang aku cerita di atas tu macam jadi wayang flashback. Dah lebih sejam sembang barulah rasa lega.

All in all I owed it all to my brothers and sisters yang dah menjaga, menyekolahkan, memberi sokongan dan pertolongan pada aku dan Adik sampai kami berdua graduated. All of them dah jadi macam Mak dan Abah kami sebab sampai sekarang pun aku still jadikan mereka tempat untuk mengadu, bertukar pendapat, bersembang dan segala apa yang menjadikan mereka macam ibu dan ayah. All of them pun memang dah jadi ibu dan ayah untuk anak-anak buah aku. Aku pun selalu menjadi tempat untuk anak-anak buah aku mengadu, bersembang, mengutuk etc. To Embong, Akak, Adik, K. Lang and K. Ana, Happy Mother’s Day…all of you are special in your own way…thanks for being great sisters, sister-in-laws. I owed it all to all of you.

To anak-anak buah yang dah jadi ibu, mak, mama, umi, mummy (K. Cha, Nikma, Ita, Ati, Faizah, Zura, Lin)…Selamat Hari Ibu dan semoga menjadi ibu mithali. And to Mashitah yang bakal menjadi ibu, jaga diri baik-baik.

Eventhough Mak tak sempat nak melihat aku kahwin dan punya keluarga sendiri tapi aku still ingat segala pesan Mak, which are among others are, jangan tinggal sembahyang, jaga kehormatan diri, jangan menyakiti hati orang. So to all kawan-kawan yang masih ada Mak, spend time when them as much as you can while they are alive. Berbuat baik kepada ibu bapa itu adalah salah satu tuntutan dalam Islam. Happy Belated Mother’s Day…..

3 comments:

  1. Me also can not tahan...sodih la baco posting kau...Happy Mother's Day to you too and Al-Fatihah to our parents...

    ReplyDelete
  2. me also lah.. :( i was in the car when wan passed away. i was speechless cos i heard my mum was crying and arwah abah helping wan to mengucap 2 kalimah syahadah. cannot lupe that night. Makcik, wishing u a very Happy Mother's Day. Smg dpt jd ibu yg mithali plak utk anak2.

    ReplyDelete
  3. Akak,

    Makcik tak tau pun akak ado skali maso tuh..while writing macam tengok wayang flashback about all those things...

    ReplyDelete