Wednesday, June 17, 2009

Antara Anyer dan Jakarta…..

Derusan ombak bersilih ke pantai
Disambut alunan nyiur melambai
Rembulan
megah di atas mahligai
Terse
nyum melihat kita berdua

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang b
ermain mata
Se
akan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Anyir dan Jakarta
Kita jatuh cinta

Antara Anyir dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam
K
an ku ingat selamanya
Antara Anyir
dan Jakarta

Kita seakan mimpi yang buruk
K
u alami setiap hari
Cinta yang sudah tiada lagi
Ting
gal memori membawa kembali

Sumbangan Ija's Collection

Tu dia lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Sheila Majid. Kalau tak silap lagu popular di tahun 80an. Hari Sabtu lepas kami sekeluarga ke Anyer. Perjalanan tu memang tak dirancang. Masa sarapan pagi, borak-borak dengan cik Abang nak ke mana hari tu…terkeluarlah ke Anyer. Lepas ke pasar beli ikan dan barang basah yang lain, kami pun bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9.30 pagi. Dari Jakarta kami ikut jalan tol (lebuhraya) Jakarta – Merak. Sepanjang lebuhraya tu dikelilingi sawah padi yang terbentang luas. Rasa macam di lebuhraya Butterworth – Gurun. Dua jam di lebuhraya, kami keluar di 'exit' Cilegon. Perjalanan ke Anyer melalui Pelabuhan Merak. Jalan tak berapa elok. Berlubang-lubang. Mungkin disebabkan oleh lori-lori yang banyak lalu di situ. Lori banyak keluar-masuk kerana di situ terdapat Kawasan Perindustrian Krakatau. Perjalanan jadi perlahan sebab jalan tak elok. Boring gak…Lepas satu jam baru sampai ke kawasan Pantai Anyer. Semua tempat masuk ke pantai kena bayar. Kawasan pertama yang kami singgah, pantai dia agak berbatu. Kempunan la Adlina nak main pasir. Kami cuma turun sekejap, ambil gambar dan teruskan perjalanan untuk cari lokasi yang lebih menarik.



Memandangkan dah tengahari dan perut pun dah lapar, kami pun singgah makan tengahari di Restoran Sop Ikan. Kami 'order' sop ikan, ikan bakar, ayam goreng dan kangkung seafood. Sup dia sedap, ikan bakar dan ayam goreng boleh tahan la. Lepas makan dan solat kami pun meneruskan perjalanan. Di sepanjang perjalanan banyak kelihatan hotel, motel dan chalet untuk pengunjung. Lebih kurang setengah jam dari tempat makan tadi kami pun sampai di satu kawasan perkelahan, Pantai Carita. Seperti biasa la, nak masuk kawasan pantai kena bayar. Kat sini ramai orang, macam ada pesta…yang berjualan pun ramai. Barang yang dijual, pisang, ciku, durian belanda, keropok belinjau dan beberapa jenis keropok lagi.Ada juga gerai-gerai menjual cenderahati dari siput. Kat sini kalau datang berkelah tak bawak tikar pun tak pe sebab banyak sekali tikar untuk disewakan…jangan tak caye…tikar untuk disewa. Kami cuma jalan-jalan di sini dan ambik gambar. Pantainya taklah cantik sangat…pasirnya warna kelabu….pantainya banyak batu. Cantik lagi Pantai Port Dickson dan di Pantai Timur.


Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan lain…sebab kat tengah jalan nampak papantanda jalan alternatif ke Jakarta. Ikut la jalan tu. Jalannya agak sempit….jalan kampung. Kata cik Abang, macam jalan ke Ulu Jempol. Sebab melalui kawasan kampung. Di kiri kanan ada sawah padi, hutan. Rumah-rumah kampung di sini ada yang masih berdindingkan buluh yang dianyam. Jalannya kurang berlubang dari jalan kami datang tadi. Pemandangan memang cantik. Asli pemandangan kampung. Sawah padi berteres masih menggunakan tenaga kerbau untuk membajak. Antara tempat yang kami lalui Cinangka, Citasuk, Batu Kuwung, Cikoneng dan banyak lagi tempat yang bermula dengan Cixxx.


Kami masuk semula ke lebuhraya berdekatan Pejabat Propinsi Banten. Kami sampai di rumah pukul 7.30 malam. Badan dah penat, tak larat nak masak. 'Order' saja lauk dari Kedai Sop Buntut Bang Hadji…Sup lagi…Hentam sajalah labu… Dah makan tidur…Ponek.



2 comments:

  1. anyer ni bolah strait(apo ntah namo selat tu..selat sunda ko) or belah open sea (pacific ocean ko..)?

    ReplyDelete
  2. ha'ah...setelah dicheck kek google map...anyer tu laut selat sunda...

    ReplyDelete