Monday, January 11, 2016

Puding Sedut

Beberapa minggu kebelakangan ni cuaca agak panas. Agak berlainan dari biasa. Pada tahun-tahun lepas kalau hujung Disember membawa hingga ke awal Januari, biasanya hujan iaitu musim tengkujuh. Jadi tekak pun selalu terasa kering. Terlihat resepi Puding Sedut di blog Azlita Masam Manis. Nampak sedap pulak. Bila tengok bahan-bahan yang diperlukan ada di dapur, maka teruslah buat. Botol-botol untuk isi puding tu adalah dari cenderahati majlis perkahwinan yang biasa diisi kekacang.



Perasa Pandan (hijau), perasa Vanila (putih) & perasa koko (coklat)












Meh tengok resepi kat bawah ni atau boleh klik sini:


PUDING SEDUT'

Bahan-bahan:

1 sudu teh serbuk agar-agar
1000 ml air
1/2 cawan gula halus
1 cawan susu cair atau susu segar
1 cawan creamer atau coffemate atau susu tepung
1 sudu teh esen vanilla
pewarna makanan
esen makanan ~ esen strawberi/emulco , pes pandan/emulco atau lain-lain perisa


Cara-cara:


  1. Satukan agar-agar, gula halus, susu tepung, susu segar, air dan vanilla ke dalam periuk. Kacau rata. Kemudian masak atas dapur hingga mendidih.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa warna yang di sukai dan letakan perisa:     Contoh ~ warna purple dengan perisa blueberry, warna hijau dengan pes pandan, warna kuning dengan nenas dan merah jambu dengan strawberi.
  3. Sediakan botol kaca secukupnya. Anda boleh buat 1 jenis untuk setiap botol atau jenis yang bercampur yang lebih di kenali dengan nama 'paddle pop'
    Untuk adunan satu warna atau satu perisa, tuangkan dalam botol dan sejukkan. 
  4. Untuk adunan paddle pop pula, tuangkan 1 layer warna contoh hijau di bahagian dasar botol dan sejukkan. Bila dia dah mula mengeras, tuangkan pula lapisan yang lain dan lakukan proses yang sama hingga habis semua warna. 
    Sejukkan dalam peti ais dan hidangkan dingin dengan straw.

Tip:

  • Jika ingin menggunakan perasa Nescafe, Mocha atau Milo, bila agar-agar dan mendidih, ambil dalam 2 senduk, tuang dalam cawan atau mangkuk. Kemudian letakkan serbuk Nescafe atau Milo mengikut citarasa. Kacau rata. Kemudian tuangkan dalam adunan yang lain dan sebatikan
    Barulah tuang dalam botol dan dinginkan




No comments:

Post a Comment