Adeh! Lamanya tak berblog...dah naik bersawang. Mood menulis memang ke laut::-(
Anyway, memandangkan sekarang musim cuti sekolah, fulus pun dah berkurangan, jadi kami tak merancang untuk bercuti ke mana-mana. Jadi pada hari Sabtu awal cuti sekolah yang lepas kami pulang ke kampungku di Bahau. Anak-anak seronok balik ke kampung kerana ada 'feel'. Rumah yang dikelilingi pokok-pokok dan dapat melihat sawah padi yang menghijau.
Tambahan pula dapat berjumpa dengan mak saudara, sepupu-sepapat dan anak-anak saudara. Ika tak dapat ikut serta kerana ada program di kampus. Nasib baik jalan Bukit Putus tak sesak dan perjalanan ke Bahau amat lancar. Satu kemestian bagi kami jika pulang ke kampung adalah menikmati roti Nasir dan kuih talam di Bukit Kelulut. Kira ini adalah 'must have' food. My favourite dari kecil adalah biskut panjang dan anak-anak suka roti krimnya.
Kuih talam di kampung kami adalah berlainan dari kuih talam di tempat lain. Lapisan hijau dan lapisan putihnya (santan) adalah lebih nipis dari kebanyakan kuih talam yang biasa kita jumpa di kebanyakan tempat. ONLY in Bahau;-) Ianya dimasak di dalam talam kecil dan dijual secara seancak (sedulang) atau sekeping-sekeping. Ianya dipotong seperti potongan piza/kek. Rasanya lebih kurang sama seperti kuih talam yang lain.
Kebetulan Faizah, Fadhlie & keluarga masing-masing juga pulang ke kampung. Jadi agak meriah suasana di kampung. Hari Ahad kami ke Air Hitam untuk melihat rumah yang akan didiami Asrul kerana beliau akan berpindah dari Manchis ke Air Hitam kerana telah dapat berpindah sekolah ke Negeri Sembilan. Asrul & Ani pergi mencuci rumah tapi kami datang tolong tengok dia cuci:-D
Memandangkan kanak-kanak semua dah basah sewaktu main air di rumah Asrul, kami terus detour ke Hutan Lipur Serting Ulu. Saja nak bagi kanak-kanak ni berendam. Air jeram agak kering kerana musim panas yang berterusan dan hujan yang sudah lama tidak turun. Memadailah untuk kanak-kanak ribena ni mandi-manda.